INFO TERKINI

"GOTONG ROYONG PADA HARI AHAD PUKUL 2.00 PTG DI SURAU AL-FALAH KG.ANDAP BANGAU......ANJURAN AJK SURAU"

Wednesday, October 21, 2009

 Program Tautan Ukhwah Islami 2009 Universiti Malaysia Sabah (UMS)







Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan kasih sayangnya yang melimpah ruah maka pada 16.oktober 2009 selepas waktu maghrib rombongan pelajar daripada UMS yang terdiri daripada 24 orang pelajar lelaki dan 42 orang perempuan telah selamat sampai ke Surau Al-Falah Kg.Andap Bangau dalam rangka melaksanakan program Tautan Ukhwah Islami selama tiga hari bermula 16. Oktober sehingga 19 Oktober 2009 Anjuran pelajar Pengurusan Masjid dan Jenazah Pusat Kokurikulum dan Pemaju Pelajar(PKPP) Unit Hal Ehwal Islam Dan Masjid. Rombongan pelajar ini telah berkampung di Kampung Andap Bangau sebagai anak-anak angkat bagi memudahkan pelaksanaan program yang diatur, seperti Pengimarahan Masjid dan Surau, Ikatan Silaturrahim Sesama Islam dan menyampaikan Sumbangan kepada Orang-orang yang berhak dan juga kepada Surau Al-Falah Kg.Andap Bangau.Melalui Program ini warga islam Kg.Andap Bangau selaku keluarga-keluarga angkat kepada rombongan pelajar UMS berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan program-program yang diatur kerana turut melibatkan semua. Dengan itu, penduduk Kg.Andap Bangau berharap agar Program-program yang seperti ini akan berterusan pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Pesanan

ShareThis

ShareThis